L’Oreal Untuk Juventus

Sunday, February 1, 2009 22:13
Posted in category review

juventus-loreal

p/s: Momo Sissoko dah macam businessman berjaya sekarang..

Gambar Anak Menteri Bersosial!

Saturday, December 13, 2008 0:34
Posted in category hiburan

Afo jumpa foto ni, menurut sumber ini anak Menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Nazri Aziz. Ala, menteri yang kontroversi dengan lesen AP dulu tu. Tengok muka pun sama je (botak). Dia pegang air apa ya? Agak-agak? Afo betul jealous dengan budak ni, dapat awek cun camtu..

anak-nazri-9

Read the rest of this entry »

Datuk Shah Rukh Khan!

Thursday, December 4, 2008 21:45
Posted in category hiburan

Untungnya jadi Shah Rukh Khan, selain diterbangkan khas untuk menerima gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Melaka, beliau akan menjadi orang pertama yang akan memakai samping tempahan khas yang tidak pernah dipakai oleh mana-mana individu. Samping songket berharga RM3,000 bermotif bunga kesidang, berwarna hitam dan diikat stail Allahyarham P.Ramlee akan dipakai buat pertama kalinya oleh Datuk Shah Rukh Khan ketika menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) Sabtu ini di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 10 pagi.

“Jadi, Shah Rukh Khan merupakan orang pertama yang menggunakannya kerana tahun ini kita baru mula gunakan songket tersebut untuk penerima gelaran ‘Datuk’,” kata Ab Karim mengenai samping yang berharga kira-kira RM3,000 itu.

Tambah beliau, Shah Rukh Khan akan mengenakan samping mengikut stail Allahyarham P. Ramlee dan dipakai bersama bengkungnya sekali.

Samping yang akan dipakai Datuk Shah Rukh Khan

Bulan Tersenyum!

Wednesday, December 3, 2008 22:27
Posted in category life

Semalam sibuk hal orang bercerita pasal fenomena bulan tersenyum. Di sini AFO ingin nyatakan fakta sains di sebalik fenomena tersebut.

Pencabar Terbaru Fernando Torres!

Wednesday, December 3, 2008 22:13
Posted in category sukan

Sari Yanti (Kisah Kaisara) Kahwin Januari 2009!

Tuesday, December 2, 2008 18:12
Posted in category hiburan

sari yanti nak kahwinSari Yanti telah mengesahkan yang beliau akan menjadi suri rumah kepada jejaka hati pilihan hatinya, Mohd Eddy Casmady 16 Januari tahun depan.

Perkara ini telah di maklumkan kepada wartawan KOSMO! ketika kunjungan beliau ke pejabat akhbar itu semalam.

Tahniah kepada beliau, AFO memang minat lakonan beliau dalam cerita Kisah Kaisara. Orangnya pun AFO minat jugak. Hehe.. Melepas lagi..

p/s: Jangan dah kahwin berapa bulan  pastu bercerai pulak macam artis sekarang ni.

Kad undangan perkahwinan yang ditempah khas dari Indonesia

Cristiano Ronaldo Menang Ballon D’Or!

Tuesday, December 2, 2008 17:55
Posted in category sukan

Akhirnya teka-teki mengenai siapa yang berhak menang anugerah Pemain Terbaik Eropah bagi tahun 2008 terjawab juga apabila para journalis memilih Ronaldo sebagai pemenang.  Bintang Barcelona, Lionel Messi di tempat ke-2 manakala penyerang Liverpool, Fernando Torres di tempat ke-3.

Sebelum ini, banyak pertikaian berlaku tentang siapa yang berhak menang anugerah berprestij ini, AFO rasa memang beliau berhak menang kerana beliau memang hebat. Beliau menjaringkan 42 gol dalam satu musim bersama Manchester United dan menang kejuaraan Liga dan Liga Juara-Juara. Namun dari satu sudut, anugerah ini seperti menaikkan ego beliau yang selama ini ternyata suka membangga diri dan sombong dengan kata-kata beliau.

I am the first, second and third - Cristiano Ronaldo

I’m simply the best - Cristiano Ronaldo

Dengan masalah disiplin di atas padang seperti sengaja menjatuhkan diri (diving) bagi mendapat perhatian pengadil, aksi kenyit mata sehingga digelar ‘Ronaldo The Winker’ oleh media British kerana bertanggungjawab menyebabkan Wayne Rooney dibuang padang pada aksi World Cup 2006, dan baru-baru ini sengaja menahan bola dengan tangan kononnya tidak mahu bola terkena muka beliau yang handsome tu. Alasan yang tidak munasabah. Beliau sehingga kini sering di’boo‘ oleh pasukan pelawat dan digelar sebagai “badboy“. Di luar padang, anda akan selalu dengar gosip beliau dengan wanita-wanita jelita seperti Gemma Atkinson, Merche Romero, dan baru-baru ini dengan Nereida Gallardo.

p/s: beliau berhak menang tapi AFO meluat dengan perangai beliau. Beliau kena ubah perangai untuk lebih dihormati. Sorry fans Manchester United..